TANJONG MALIM, 03 Oktober - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan program University to Community 2.0 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan 21 IPT dan UiTM Cawangan Kelantan telah dipilih untuk mewakili UiTM pada 25 - 27 September 2023. Program ini melibatkan 3 orang pelajar iaitu Nur Afza Zulfa Syukri, Nik Syafiqa Eliana Che Mat Kamel dan Aisyah Nadia Mohd Kamarudin dari program BA240 dan seorang pensyarah sebagai mentor iaitu Dr. An Nur Nabila Ismail. Para pelajar didedahkan dengan cara untuk membangunkan sebuah syarikat iaitu perusahaan sosial di mana perniagaan yang dijalankan oleh pelajar ini dapat memberi impak kepada golongan sasaran. Pelajar diminta untuk menghasilkan Social Business Model Canvas serta pitching di hadapan Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi. Dana berbentuk geran sebanyak RM20,000 telah disalurkan kepada pelajar ini melalui MASMED untuk merealisasikan perusahaan sosial mereka.
Penyedia Laporan:
Dr. An Nur Nabila Ismail
Pensyarah Kanan