Soal Selidik Kepuasan Hati Warga UiTM Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA

Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam sedang menjalankan kajian soal selidik kepuasan hati pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan UiTM. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan warga UiTM terhadap kemudahan dan penyampaian perkhidmatan yang disediakan.

Maklum balas dan input yang diberikan akan digunakan sebagai panduan dalam penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
Kajian ini akan dijalankan bermula 17 Julai 2023 sehingga 16 Oktober 2023.

Portal: https://mykm.uitm.edu.my/
Mobile Apps: https://mobileptar.uitm.edu.my

Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.