A Seminar on Publishing Articles in QS Ranking Journals with International Collaborators

MACHANG, 16 Julai - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) dengan kerjasama Unit Penyelidikan dan Inovasi (URMI) telah menganjurkan satu bengkel penyelidikan iaitu A Seminar on Publishing Articles in QS Ranking Journals with International Collaborators yang disampaikan oleh Profesor Dr. Yuhanis Abdul Aziz, Timbalan Dekan Siswazah dan Antarabangsa, Sekolah Perniagaan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia pada 16 Julai 2023. Seramai 63 orang pensyarah daripada pelbagai fakulti telah menyertai bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan menghasilkan penulisan berimpak tinggi dalam QS Ranking Journal dalam kalangan para pensyarah UiTM Cawangan Kelantan serta mendedahkan para pensyarah ke arah cara menghasilkan penyelidikan bersama penyelidik luar. Dengan itu, ia berharap dapat mendorong dan membantu pensyarah dalam menghasilkan penyelidikan yang kompetitif dan berinovasi dan seterusnya meningkatkan kualiti penyelidikan UiTM secara keseluruhannya.
 
 
 
 
 
 
 
Penyedia Laporan:
Dr. An Nur Nabila Ismail
Pensyarah Kanan/ Pengarah Program