Aktiviti Kembara Minda Bersama Team HEP

MACHANG, 10 Julai – Aktiviti Kembara Minda Bersama Team HEP adalah satu program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Kelantan. Aktiviti tersebut telah berjaya dilaksanakan pada 6 Julai 2023 yang melibatkan penyertaan staf BHEP bersama Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Ianya merupakan salah satu aktiviti fizikal dan riadah khusus untuk staf. Tujuan utama aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan staf untuk kekal aktif dan sihat dalam pekerjaan meskipun sibuk dengan tugasan hakiki.

Aktiviti seperti ini sesuai diadakan sebulan sekali dimana staf dapat meluangkan masa berkumpul bersama-sama dan pada masa yang sama memupuk semangat kerjasama berpasukan. Selain menjaga kesihatan tubuh badan, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan sekerja. Tambahan lagi, aktiviti senaman secara santai ini juga dapat membantu meningkatkan kesihatan mental atau ‘mood’ staf untuk terus kekal ceria dan gembira dalam perkhidmatan.

Staf yang cergas dan sihat mampu melaksanakan pelbagai tugasan dengan gembira dan tenang. Aktiviti fizikal seperti ini mampu memperbaiki sistem kardiovaskular dan juga sistem pernafasan tubuh badan. Dengan kata lain, tubuh badan fizikal yang optimum dapat dicapai melalui aktiviti yang sihat dan bermanfaat seperti ini.

Semoga seluruh staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar terus kekal cergas dan cemerlang dalam meneruskan perjuangan dan khidmat bakti di UiTMCK.

Pautan video program seperti berikut:
https://www.facebook.com/100053859998174/videos/239402172288680/

Penyedia laporan:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar