EAT.PRAY.LOVE (EPL) CERIA 1.0 2023

Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kelantan (APB UiTMCK) bakal menganjurkan program EAT.PRAY.LOVE (EPL) Ceria 1.0 2023 dengan kerjasama Rumah Ronald McDonald HUSM.

Program ini bermatlamat untuk memberi sedikit keceriaan dan mengurangkan derita pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka. Program EPL Ceria 1.0 ini bakal diadakan pada *24 Julai 2023 (Isnin)*.

Dengan itu, APB UiTMCK dan RMHC mengalu-alukan dan mempelawa anda semua untuk sama-sama menyantuni pesakit kanak-kanak dan penjaga mereka dengan menghulurkan sumbangan seikhlas hati ke tabung amanah berikut:

BANK: Bank Islam Berhad (BIMB)
NO AKAUN: 0304 5010 0040 53
BENDAHARI UiTM CAWANGAN KELANTAN
RUJUKAN: EPL 2023
TARIKH TUTUP SUMBANGAN: 9 JULAI 2023

Untuk mendapatkan resit rasmi sumbangan, tuan/puan boleh menghubungi secara panggilan atau mesej WhatsApp kepada Puan Nor Hairunnisa Mohd Nor di talian 014-8410737 dengan menyertakan butiran seperti berikut:

1. Nama penuh penyumbang
2. Nilai sumbangan
3. Bukti transaksi sumbangan

Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM1,000 sahaja dan akaun akan ditutup sebaik sahaja dana yang mencukupi diperolehi atau tarikh kutipan sumbangan berakhir, mana-mana yang terdahulu. Dana tersebut adalah untuk membiayai sambutan hari jadi dan sumbangan barangan dapur di RMHC.

Setiap sumbangan anda adalah merupakan sokongan emosi yang mampu melakarkan senyuman dan memberi harapan buat pejuang-pejuang kecil yang terlantar kesakitan. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dan mengurniakan syifa' buat mereka. Amin, Ya Rabbal Alamin.