Machang, 13 Jun – He & She Coffee merupakan kafe hipster pertama di UiTM Cawangan Kelantan. Kafe yang ke-10 seluruh UiTM dan yang ke-30 seluruh Malaysia ini telah dilancarkan pada 6 Jun 2023 oleh Timbalan Naib Canselor ICAN, Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah.
Turut hadir semasa majlis pelancaran tersebut adalah Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi Rektor UiTMCK, Encik Zulkiflee Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif He & She Sdn Bhd, Encik Mohd Azizul Rahman Haji Md Zain, Pemegang Lesen He & She UiTM Machang, Pengurusan UiTM Cawangan Kelantan, Ketua Pusat Pengajian dan Majlis Perwakilan Pelajar.
Dengan adanya kafe ini, ia memberi peluang pekerjaan sambilan kepada mahasiswa UiTMCK terutamanya golongan B40 dan asnaf untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan mereka semasa di kampus. Setakat ini, terdapat 18 orang mahasiswa yang berjaya menjadi pekerja sambilan di kafe tersebut secara syif.
Penyedia Laporan:
Dr. Nurazleena Ismail
Koordinator Keusahawanan