International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover

MACHANG, 28 Mac – Program International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover telah dianjurkan oleh Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan pada 6 Mac 2023 bersama dengan barisan pensyarah dan mahasiswa dari Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU).

Kedatangan delegasi dari Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan disambut meriah oleh Ketua Office of International Affairs and Cooperation (OIC UMSU), Ibu Rafieqah Nalar Rizky bersama dengan Tim Humas UMSU.

Meet & Greet Session berlangsung bagi sesi perkenalan antara Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan dengan barisan pensyarah, staf dan mahasiswa dari Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) yang turut hadir dalam majlis tersebut. Hal ini membolehkan mereka  berkongsi pandangan dan pengetahuan terhadap program International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover. Dengan adanya sesi perbincangan ini maka ukhuwah yang terjalin dapat dieratkan lagi pada masa hadapan.

Dalam majlis ini seramai 18 orang delegasi dari UiTM Cawangan Kelantan yang terdiri daripada seorang pensyarah iaitu Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan dan 17 orang mahasiswa dari Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan serta pihak Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) telah bergabung tenaga dan bersama-sama menjayakan majlis. Ini memberi gambaran bahawa semangat toleransi dalam diri amat penting bagi menjana hubungan baik dalam membentuk sebuah persahabatan. Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenangan.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan staf dan pensyarah seperti Bapak Fadhil Pahlevi Hidayat, Lembaga Penilitian dan Pengabdian Masyarakat (LPPM UMSU), Bapak Nurman Ginting, Lembaga Penilitian dan Pengabdian Masyarakat (LPPM UMSU), Ibu Eri Yanti Nasution, Office of International Affairs and Cooperation (OIC UMSU), Cik Nur Afiqah Binti Mohd Sakri, Pengarah Program Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, Dr Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, Ibu Rafieqah Nalar Rizky, Ketua Office of International Affairs and Cooperation (OIC UMSU), Dr. Ribut Priodi, PR Officer, Bapak Muhammad Basri, Prodi Teknologi Informasi UMSU, Bapak Surya Wisada Dashi, Prodi Matematika dan Bapak Agus Sani, Office of International Affairs and Cooperation (OIC UMSU). Kehadiran mereka yang terlibat amat penting bagi merasmikan majlis dengan lancar. Pihak penganjur juga memberikan satu hadiah sebagai tanda penghargaan atas jalinan ukhuwah yang telah dibina pada majlis tersebut.

Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan juga berpeluang bersiaran di konti UMSU FM. Program Sesi Bincang Santai Bersama UiTM Cawangan Kelantan Malaysia  turut diadakan di UMSU FM bersama Cik Nur Afiqah Binti Mohd Sakri, Pengarah Program Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, Ibu Rafieqah Nalar Rizky, Ketua Office of International Affairs and Cooperation (OIC UMSU) serta staf UMSU FM bagi sesi temu bual serta  perkongsian maklumat dalam mempromosikan program “International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover” anjuran Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan di bumi Medan, Indonesia bermula dari 5/3/2023 sehingga 12/3/2023. Sesi ini amat penting dalam menyebarkan informasi yang berkaitan kepada seluruh rakyat negeri Medan khasnya dan seluruh rakyat Indonesia amnya.

Sesi seperti ini telah memberikan pengalaman yang baharu kepada Dr Nazhatul Sahima serta Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan dalam mempromosikan Program International Volunteering Programme:Let’s Stand Together with Prime Mover kepada mahasiswa dan masyarakat di Medan melalui radio UMSU FM.

Program ini telah melibatkan seramai 17 orang ahli jawatankuasa bersama seorang penasihat dari Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan serta penglibatan seramai 18 orang dari pihak Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU).

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff selaku Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, barisan ahli jawatankuasa Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi melaksanakan program ini. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat dan impak yang positif kepada semua bagi melibatkan diri di dalam aktiviti kesukarelawanan bersama persatuan di peringkat antarabangsa. Dengan adanya program sebegini, maka sifat kepimpinan dan empati terhadap keadaan semasa yang dihadapi oleh masyarakat luar dapat dibangkitkan di dalam diri mahasiswa dan pada masa yang sama semangat ukhuwah sesama manusia juga dapat dibina.

Akhir kata, teruslah bangkit bersama-sama bagi memastikan setiap kecemerlangan dan kegemilangan yang diperolehi seperti ini dapat terus dikekalkan dan ditingkatkan lagi bagi memastikan Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan bagi tahun 2023 terbang lebih tinggi di masa yang akan datang.

Penyedia Laporan:
Kelab Prime Mover
UiTM Cawangan Kelantan