MACHANG, 29 Disember – Program ini anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 dengan kerjasama persatuan AWESOME, PEERS, dan INSPIRASI pada 02 April 2022. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar di dalam aspek pembelajaran secara atas talian. Program ini juga dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah disenaraikan seperti mendorong pelajar untuk lebih proaktif dalam menyumbang idea-idea bernas, memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menghargai potensi diri dan melahirkan pelajar yang komited agar dapat “Graduate on Time” (GOT).
Program ini turut menjemput universiti antarabangsa seperti Universitas Al Azhar (Indonesia), Universitas Swadaya Gunung Jati (Indonesia), Universitas Islam Sultan Sharif Ali (Brunei), saudara Rasydan Mohd Hassan, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Shah Alam, saudari Kamilia Arwan dari United Kingdom dan saudara Restantri Ayu Kinasih dari Indonesia.
Program ini juga dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA.
Penyedia laporan,
Saudari Nur Athirah Zulriadi
Exco Pengurusan dan Perhubungan Korporat
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan
Sesi 2021/2022