Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU)

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara akan mencatat sejarah di mana Tiga (3) Memorandum Perjanjian (MOA) akan ditandatangani. Setiap kandungan memorandum persefahaman telah dipersetujui oleh kedua universiti. Kesemua aktiviti tersebut telah pun dijalankan secara maya antara Fakulti Perakaunan UiTMCK dan Fakultas Ekonomi dan Bisnis UMSU. Malah Fakulti Perakaunan telah menerima tujuh (7) mahasiswa UMSU untuk mengikuti  empat (4) subjek iaitu Cost Accounting, Shariah Accounting, International Accounting dan Consolidated Account secara maya.

Banyak faedah dapat dimanafaatkan hasil dari kolaberasi ini di mana warga akademik dan mahasiswa akan didedahkan kepada persekitaran antarabangsa. Langkah ini juga dapat mendokong  hasrat 2 negara serumpun; Malaysia dan Indonesia untuk mempertingkat kecemerlangan akademik dalam kalangan warga mereka.  Perbezaan budaya, bahasa dan norma kehidupan bukanlah untuk menegakkan identiti tetapi untuk melengkap kekurangan yang akhirnya akan menghasilkan synergy, output yang mantap dan holistik.  Malah, dengan termeterainya MoA ini, silaturahim antara warga universiti dapat dieratkan dan hubungan antara dua negara di rantau nusantara akan menjadi lebih akrab.