Program Alumni Talk

MACHANG, 17 November  – Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) dan Jabatan Matematik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Program Alumni Talk - Career Development In The Era IR 4.0 pada 7 November 2022 yang lalu. Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman antara alumni dengan pelajar-pelajar sama ada dalam soal pengurusan masa dan kewangan, pembentukan sahsiah diri dan watak mahupun bidang kerjaya dan juga memberi inspirasi dan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar dan memberi panduan berkaitan kerjaya yang sesuai selepas menamatkan pengajian. 

Program ini telah berlangsung di AUD 300, Blok D, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar FSKM iaitu pelajar semester 5 CS143 dan pelajar semester 6 CS249. Program ini bermula pada pukul 9:00 pagi dan tamat pada pukul 1:00 tengah hari. Penceramah untuk program ini adalah Encik Muhammad Zharif bin Zamri yang merupakan Pengurus Projek Data Analisis dari Institut Tun Perak. Beliau merupakan alumni CS143 UiTM Cawangan Kelantan.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Syed Muhammad Hafiz Syed Mustafa dan seterusnya ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian FSKM, Dr. Zuriani Ahmad Zulkarnain. Program diteruskan dengan sesi perkongsian oleh Encik Muhammad Zharif Zamri yang merangkumi pengalaman sepanjang bergelar mahasiswa daripada aspek akademik dan juga aspek-aspek lain seperti kewangan, sahsiah dan sebagainya serta persiapan diri dalam menghadapi dunia kerjaya yang semakin mencabar. Banyak ilmu yang dikongsi oleh penceramah kepada peserta-peserta program ini. Melalui program ini juga, para peserta dapat berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan penceramah. Semoga program ini dapat dijalankan secara berterusan dan lebih ramai yang dapat menyertainya agar ilmu yang diperolehi dapat dijana ke arah kebaikan UiTM khasnya dan negara amnya.

Penyedia laporan:
Puan WanNurfahizul Ifwah Wan Alias
Setiausaha
Program Alumni Talk