MACHANG, 2 November - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Unit Perkhidmatan OKU (UPO) yang diketuai oleh Pengarah UPO, Prof. Madya Ts. Dr. Roslinda Alias pada 30 Oktober 2022. Lawatan ini bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan perkhidmatan OKU UiTM, Polisi Pengajian OKU UiTM dan perbincangan mengenai kebajikan warga OKU.
Agenda lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian dan taklimat bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Ketua Pusat Pengajian (KPP), Pegawai Pengiring OKU UiTM Kelantan dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sesi lawatan Pengarah UPO diteruskan ke Tapak Projek Naik Taraf Bilik OKU Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Bilik OKU Kolej Tun Abdul Razak (TR), Blok Akademik dan sekitar Pusat Pelajar.
Pada sesi petang, Pengarah UPO tidak melepaskan peluang untuk meneruskan agenda lawatan bersama para pelajar OKU melalui sesi perkongsian, soal jawab dan ramah mesra. Pelbagai cadangan dan perancangan yang bakal dimajukan ke pihak pengurusan tertinggi UiTM bagi memenuhi keperluan warga OKU UiTM Cawangan Kelantan dan menjayakan agenda pemerkasaan warga OKU UiTM.
Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar