Ekspo Selangkah ke UiTM!

UiTM Cawangan Kelantan akan menganjurkan Program Ekspo Selangkah ke UiTM pada 18 & 19 Jun 2022 iaitu Sabtu dan Ahad ini di Blok D, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang, bermula pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang.
 
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya pameran, jualan, demonstrasi serta khidmat nasihat & perundingan akademik percuma untuk menjadi pelajar UiTM.
 
Sila bawa bersama salinan Slip SPM/STPM/Diploma dan membuat semakan syarat kelayakan di Sistem Semak Syarat @ https://selangkah.uitm.edu.my
 
Semua bakal mahasiswa dan orang ramai dijemput hadir!