Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf

HEAD

DR. AHMAD MURSHIDI MUSTAPHA
(+60)9976 2007 • Work

About Unit

Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Kelantan (UZSW) bertindak sebagai salah satu medium utama untuk menyampaikan maklumat mengenai zakat, sedekah, dan wakaf, terutama kepada warga kerja dan pelajar UiTMCK. UZSW telah diketuai oleh Dr. Mohd Nazri Mat Zin dari tahun 2020 hingga tahun 2023 dan kini diterajui oleh Dr. Ahmad Murshidi Mustapha dari tahun 2023 hingga kini. Unit ini dibantu oleh tujuh orang ketua setiap lajnah beserta beberapa ahlinya. UZSW bertanggungjawab dalam mengurus, merancang, dan melaksanakan dasar, polisi, serta keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Zakat, Sedekah dan Wakaf dan Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW). Selain itu, unit ini juga menguruskan pelaksanaan dasar kutipan dan agihan zakat, sedekah, dan wakaf serta pembangunan sumber dan dana untuk pembangunan asnaf. UZSW menerima bayaran untuk semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, KWSP, dan emas/perak. Mereka menggunakan sistem pemprosesan berkomputer, resit, dan laporan yang dilaksanakan oleh UZSW. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah memberi kebenaran kepada UZSW untuk melaksanakan operasi agihan dan kutipan zakat sejak tahun 2017. Kerjasama dengan Majlis Agama Negeri-negeri turut dipergiatkan bagi membolehkan kutipan dan agihan zakat dibuat di seluruh sistem UiTM. Kutipan zakat dilaksanakan dalam dua bentuk utama iaitu kutipan tunai (untuk semua jenis zakat) dan kutipan secara potongan gaji (zakat pendapatan sahaja).

OBJECTIVES
  1. Memperluas akses pendidikan tinggi
  2. Menyediakan Pendidikan bertaraf dunia
  3. Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negaradan kemakmuran global
  4. Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
  5. Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.
  6. Melestarikan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien
  7. Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
  8. Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
  9. Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
  10. Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi

Jumlah Agihan Zakat

ZAKAT 2020

Image

ZAKAT 2021

Image

ZAKAT 2022

Image

ZAKAT 2023

Image

Klik Untuk Info

Image
Image
Image