Pengumpulan Maklumat Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Yang Terkesan Akibat Banjir 2021

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. 
 
Para pelajar yang dikasihi sekalian,
 
PENGUMPULAN MAKLUMAT PELAJAR UiTM CAWANGAN KELANTAN YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR 2021
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dalam proses mengumpul maklumat pelajar yang terkesan akibat banjir yang berlaku.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama pelajar yang berkaitan untuk mengisi borang yang disertakan: https://forms.gle/bgrkSGUzdTdjdsUm6
 
Kerjasama daripada semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan