Program "International Talk: Leadership Across The World"

MACHANG, 31 Oktober - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr. Mahathir telah menganjurkan Program “International Talk: Leadership Across The World” bersama tiga orang panel jemputan yang merupakan mahasiswa Malaysia dari tiga buah negara berbeza. Tiga orang panel jemputan tersebut adalah Saudara Haziq Mat Rahat, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Jordan, Saudari Nura Husna Abqariyah Muhammad Hanif, mahasiswa Malaysia di United Kingdom dan Saudari Nur Aishah Budiman, mahasiswa Malaysia di India.

Program bual bicara ini telah berlangsung melalui platform Youtube Live Channel Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr. Mahathir pada 25 Oktober 2023 bermula pada jam 8:30 malam hingga 11:00 malam (Waktu Malaysia). Program anjuran kolej ini melibatkan seramai 1,000 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang dan tiga buah negara juga. Bagi tontonan Youtube Live Channel telah mencecah seramai 2,300 tontonan di pautan berikut: International Talk .

Program ini mendapat sambutan yang baik dan tumpuan diberikan sepenuhnya oleh peserta sepanjang program dijalankan. Perkongsian dan kata-kata semangat barisan panel yang berada di tiga buah negara membuatkan para peserta jadi bersemangat dan teruja untuk menjejakkan kaki belajar di luar negara. Perkongsian daripada barisan panel jemputan telah banyak memberikan motivasi dan impak positif kepada para peserta.

Pada program ini juga, mahasiswa diberi peluang untuk melontarkan soalan kepada barisan panel jemputan. Program ini dihadiri oleh Cik Ruhayu Nurdin, Penasihat Program dan Puan Siti Hajar Che Ya, Staf Residen Kolej Tun Dr. Mahathir. Pihak JPK TDM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Warid Mihat, Penyelaras OIA UiTMCK dan SRK TDM kerana memberikan bimbingan dan kelulusan untuk menjayakan program ini.

Penyedia laporan:
Saudara Muhammad Haiqal Amin Mohd Ramli
Setiausaha Program
International Talk: Leadership Across The World