Program Plogging@Community dan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Bachok

BACHOK, 14 Oktober - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah menganjurkan Program Plogging@Community dan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Bachok dengan kerjasama UiTM Cawangan Kelantan yang diadakan di Pantai Irama, Bachok pada 14 Oktober 2023.

Program ini melibatkan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 4 Kelab Persatuan iaitu Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kor Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Sekretariat Rukun Negara (SRN) dan Intellectual Dynamic Business Society (INDYBS) yang diiringi oleh 2 orang staf iaitu Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad dan Encik Ahmad Sirajulmunir Zulkipli.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya senamrobik, Fun Walk 3km, membersihkan persekitaran Pantai Irama dan aktiviti sukaneka bersempena dengan Hari Sukan Negara 2023. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok atas kesudian menjemput kami.

Penyedia laporan:
Saudari Yusirah Yusri
Presiden
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA)