Malam Bersama Staf Residen Kolej (MBSRK) antara Kolej Tun Abdul Razak & Tun Dr. Mahathir Sesi 23/24

MACHANG, 9 Oktober – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Abdul Razak & Tun Dr. Mahathir telah mengadakan program Malam Bersama Staf Residen Kolej (MBSRK) di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan. Program kerjasama antara dua kolej ini melibatkan seramai 900 orang penghuni dari Kolej Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Program berlangsung dari jam 8:00 malam dan berakhir pada jam 11:00 malam.

Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan barisan Staf Residen Kolej (SRK) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) kepada seluruh pelajar yang mendiami Kolej Tun Abdul Razak dan Kolej Tun Dr. Mahathir. Selain itu, satu sesi penerangan telah diadakan mengenai SOP baharu serta peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua penghuni kolej semasa keberadaan di kolej kediaman.

Program ini dihadiri oleh Ketua Staf Residen Kolej iaitu Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, seterusnya Naib Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 22/23, Saudara Mohammad Firdaus Mohamed Sohaimi, Presiden Jawatankuasa Tertinggi Kediaman, Saudari Huda Saifulzaman, Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Abdul Razak, Saudara Raif Humaidie Ikhwan Rosidi dan Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr. Mahathir, Saudara Muhammad Amin Naqiuddin Yusman. Program juga turut dihadiri oleh Staf Residen Kolej Tun Abdul Razak, Encik Mohd Aizuddin Harun, Puan Ummu Aiman Saidi, Encik Norish Hasmi Awang, Encik Ahmad Sirajulmunir Zulkipli serta dari Staf Residen Kolej Tun Dr. Mahathir, Cik Ruhayu Nurdin, Puan Siti Hajar Che Ya dan Encik Edy Faizal Ramli.

Penghuni kolej memberi sambutan yang baik dengan memberi perhatian sepenuhnya sepanjang program ini dijalankan. Ketua Staf Residen Kolej Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad amat terharu dengan semangat dan komitmen para penghuni yang telah diterjemahkan melalui penglibatan dan kehadiran mereka di dalam program ini. Segala permasalahan berkaitan kolej telah dibincangkan serta jawapan yang diberi telah banyak membantu penghuni baharu kolej kediaman iaitu seramai 600 orang yang pertama kalinya menjejakkan kaki di kolej kediaman Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir.

Pautan video program di MBSRK TR x TDM



Penyedia Laporan:
Saudara Adam Mansor
Pengarah
Program Malam Bersama Staf Residen Kolej (MBSRK)