Dari kampus ke komuniti: Perkasa masyarakat melalui USR, KTP

PEMERKASAAN komuniti bukan sekadar slogan yang indah didengar, tetapi merupakan usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kepakaran, dan strategi berkesan. Secara amnya, University Social Responsibility (USR) dan Knowledge Transfer Programme (KTP) merupakan inisiatif oleh institusi pendidikan tinggi merujuk kepada komitmen sesebuah universiti untuk melaksanakan aktiviti, program, dan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, melangkaui fungsi tradisional pengajaran dan penyelidikan.

USR menekankan penglibatan aktif universiti dalam menyelesaikan masalah sebenar komuniti melalui kepakaran akademik dan penyelidikan, memindahkan ilmu, kemahiran, dan teknologi kepada masyarakat dan memperkasa komuniti dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan, dan alam sekitar. Pemindahan ilmu pula merangkumi pelbagai bentuk, termasuk latihan teknikal, pembangunan keusahawanan, inovasi produk, dan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing. USR dan KTP juga mewujudkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak untuk pembangunan mampan.

Artikel Penuh: Dari kampus ke komuniti: Perkasa masyarakat melalui USR, KTP