Pengantarabangsaan universiti kini menjadi tonggak penting dalam landskap pendidikan tinggi dunia. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai jambatan ilmu antara pelbagai negara, tetapi juga memperkukuh daya saing sesebuah institusi dalam melahirkan siswazah berfikiran global, berdaya saing dan mampu menjadi agen perubahan di pentas antarabangsa.
Pengantarabangsaan universiti bukan sahaja agenda dalaman sesebuah institusi, tetapi juga selari dengan hala tuju strategik negara. Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan kepentingan memperkukuh sektor pendidikan tinggi sebagai pemacu ekonomi dan pembinaan masyarakat berilmu serta beretika tinggi.
Artikel Penuh: Pengantarabangsaan universiti jadi sasaran penting RMK13