Ekspresi Seni Remaja Warnai Sambutan Ulang Tahun ke-69 DBP di UiTM Machang

Machang - Bagi menyokong usaha kerajaan melahirkan modal insan berkualiti, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur telah menganjurkan program Ekspresi Seni Remaja bersempena sambutan Ulang Tahun ke-69 DBP. Program ini berlangsung dengan meriah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang dengan kehadiran 500 orang siswa dari pelbagai institut pengajian tinggi.

Program ini menjadi platform kepada para remaja untuk menyerlahkan bakat seni dan sastera secara santai dan terbuka, selain menyampaikan mesej membina melalui puisi, lagu dan tarian yang beradab dan berinspirasi.

Artikel Penuh: Ekspresi Seni Remaja Warnai Sambutan Ulang Tahun ke-69 DBP di UiTM Machang

Hak Cipta 2025 ©JendelaDBP