Pendedahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengenai peningkatan kes rogol dan sumbang mahram di negeri itu yang disifatkan membimbangkan memang pahit untuk ditelan. Hakikatnya, kes sebegini semakin menjadi-jadi di seluruh negara, tidak terkecuali Kelantan tidak boleh ‘disapu ke bawah permaidani’, sebaliknya masalah itu mesti diakui sebagai langkah permulaan untuk mencari penyelesaian menyeluruh. Wartawan BH, Nor Fazlina Abdul Rahim menemu bual mangsa rogol dan
sumbang mahram serta mendapatkan pandangan ahli psikologi serta kaunseling.
Artikel Penuh: Kealpaan ibu bapa antara faktor terjadi rogol, sumbang mahram