Manifesto PRN Kelantan Mesra Pengundi?

Kelantan – Berbaki beberapa jam sahaja lagi pengundi Kelantan boleh membuat pilihan terakhir sebelum menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian esok. Berdasarkan manifesto yang ditawarkan kepada pengundi Kelantan oleh dua gabungan parti terbesar, iaitu parti Kerajaan Perpaduan, yakni Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) dan parti Perikatan Nasional (PN), pastinya sukar untuk meramalkan situasi yang bakal berlaku esok.

Melihat situasi semasa di Kelantan, penganalisis politik, Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah yang merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan berkata bahawa manifesto yang ditawarkan oleh BN–PH lebih inklusif dan menyeluruh dalam menyelesaikan permasalahan dan kemaslahatan yang sedang dihadapi oleh rakyat negeri Kelantan.

Artikel Penuh: https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/08/11/16175/

Hak Cipta 2023 © JendelaDBP