Rumah Cendawan Pintar Pertama

MACHANG - Selari dengan saranan kerajaan menangani krisis ketidakcukupan makanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan membuka lembaran baharu apabila menggunakan sistem iMistroom 2000 iaitu rumah cendawan pintar modular yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan cendawan tiram putih di kampus Machang.

Pensyarah Teknologi Maklumat merangkap ahli kumpulan penyelidik cendawan Internet benda (IoT) Dr Syerina Azlin Md Nasir berkata, kaedah iMistroom dan IoT yang dibangunkan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran tanaman cendawan hingga dua kali ganda berbanding kaedah biasa, malah membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Artikel Penuh: 

Rumah Cendawan Pintar Pertama