Permohonan Zakat Pelajar Dalam Talian Bagi Pelajar Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda

PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR DALAM TALIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA

Tarikh Permohonan Zakat (e-Zakat):

  • Buka : 3 April 2022 (Ahad)
  • Tutup : 2 Mei 2022 (Isnin)

Tarikh Temuduga Zakat:

  • Mula : 3 Mei 2022 (Selasa)
  • Tutup : 16 Mei 2022 (Isnin)

Masa Temuduga Zakat:

  • Pagi : 9:00 pagi – 12:00 tengah hari
  • Petang : 2:30 petang – 4:30 petang

Panel Penemuduga: Penyelaras Program Diploma dan Ijazah

Kaedah Temuduga:

  1. Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan mengambil maklum berkenaan Fasa Peralihan Endemik COVID-19 di Malaysia, justeru TIADA SESI TEMUDUGA SECARA FIZIKAL AKAN DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 20222-SESI 2 2021/2022 ini.
  2. Pelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga dalam sistem e-Zakat setelah status permohonan pelajar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA. Temuduga hanya akan dijalankan pada hari AHAD, ISNIN, SELASA, DAN RABU pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum).
  3. Pelajar hendaklah menghubungi Penyelaras Program masing-masing bagi urusan temuduga.
  4. Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan ditemuduga secara panggilan telefon atau dalam talian (online).
  5. Kegagalan pelajar untuk menghubungi panel penemuduga pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Dr. Shahrizal Mahpol (0179295370)

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Koordinator

Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf

30 Mac 2022