SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI BORANG INI
KETERANGAN:
Borang ini perlu diisi oleh mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan yang berhasrat untuk hadir ke kampus dengan tujuan berikut :
1. Mengambil barang-barang peribadi di kampus
2. Mendiami kolej kediaman
3. Daftar Keluar & Clearance Kolej Kediaman
SYARAT KELAYAKAN
1. Mahasiswa berada di Zon HIJAU ATAU KUNING SAHAJA layak dipertimbangkan untuk hadir ke kampus. Mahasiswa dari zon jingga, merah atau dari kawasan PKPD tidak dibenarkan masuk.
2. Tidak mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sesak nafas.
3. Mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.
4. Boleh hadir ke kampus pada bekerja sahaja:
?Ahad- Rabu: 8.00 pagi - 4.30 petang
?Khamis: 8.00 pagi - 3.00 petang
PROSES KERJA
1. Permohonan perlu dibuat pada hari bekerja (Ahad-Khamis) dari jam 8.00 - 4.30 petang. Permohonan yang dibuat di luar waktu pejabat tidak akan diproses.
2. Permohonan yang diterima akan diproses oleh Petugas Bilik Gerakan Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN) UiTM Cawangan Kelantan. Permohonan yang lengkap dan mematuhi kriteria yang ditetapkan akan diluluskan dalam masa 1 hari bekerja.
3. Setelah mendapat kelulusan, pemohon akan menerima emel kelulusan yang dihantar dari emel rasmi JOBN. Pemohon perlu mencetak kelulusan ini berserta salinan borang permohonan yang diterima semasa memohon.
4. Pemohon hendaklah hadir ke kampus mengikut tarikh dan masa yang dibenarkan.
5. Pemohon perlu mempamerkan cetakan emel kelulusan kepada Polis Bantuan di pintu masuk utama dan buat saringan seperti yang ditetapkan.
6. Sila lapor diri di Pejabat Kolej sebelum menuju ke bilik.
PERINGATAN:
Kelulusan ini boleh dibatalkan atas sebab-sebab berikut:
1. Urusetia mendapati terdapat maklumat yang tidak tepat di dalam borang yang diisi.
2. Zon pemohon bertukar dari hijau/kuning ke merah sebelum atau pada hari pelajar sepatutnya masuk ke dalam kampus.
Untuk Borang Permohonan Sila Klik Pautan Dibawah
https://qrgo.page.link/RXLcK