JAWATAN KOSONG: Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) Sesi Oktober 2025 - Februari 2026

JAWATAN KOSONG: Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) Sesi Oktober 2025 - Februari 2026

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Sambilan (Sepenuh Masa) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan. 

  1. Iklan Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa UiTMCK
  2. Borang Permohonan Jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa
  3. Lampiran A

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1.    Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

  • Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil SPM/ MCE, HSC/ STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademi Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
  • Terjemahan kelulusan akademik luar negara dari Kementerian/Pejabat Kedutaan/lnstitusi Pengajian 
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my/index.php

2. Sila kemukakan DOKUMEN PERMOHONAN melalui pautan seperti berikut:
Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) : https://forms.gle/mXZYiwJ7UkEdkdFU6

3Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

4. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

5. Borang/ dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

7. Pemohon - pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

8. Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 SEPTEMBER 2025 (AHAD)

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
 - 09-976 2012 (Whatsapp Business)