Pengumpulan Data/Maklumat Staf UiTMCK Yang Berstatus Alumni UiTM/ITM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melancarkan Platform sosial MyAlumni dan Kad Maya MyAlumni UiTM (MyAlumni UiTM Virtual Card) pada 14 April 2021.

Selaras dengan itu, pihak PJIA UiTMCK berbesar hati ingin memohon agar tuan/puan untuk mengisi GF yang disediakan berikut: https://forms.gle/3xmNJUdLKF2Yav1c9

Pendaftaran sebagai alumni ITM/UiTM juga boleh dilakukan di laman sesawang https://alumniuitm.uitm.edu.my

Kad Maya MyAlumni UiTM telah diperkenalkan selaku kad identiti untuk para Alumni UiTM/ITM dan dilengkapi dengan pelbagai pautan seperti Profile Alumni, UiTM Giving, JobShop UiTM dan Alumni Benefits.

Boleh dapatkan kad maya ini melalui link berikut https://myalumnicard.uitm.edu.my/

Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

Kerjasama daripada semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

#PusatJaringanAlumni(ANC) #PejabatJaringanIndustri&AlumniUiTMCK