UiTM Cawangan Kelantan akan menyediakan surat sokongan bagi tujuan mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan pulang ke Kampung Halaman / Rentas Sempadan. Semua mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan boleh mengisi borang ini bagi tujuan mendapatkan surat sokongan ini.
Sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti:
- Permohonan ini dibuka kepada semua mahasiswa di Kolej Kediaman atau Pelajar Non Resident (NR) UiTM Cawangan Kelantan yang berdaftar sahaja
- Permohonan ini adalah SATU HALA sahaja. Dari UiTM Cawangan Kelantan ke rumah keluarga mahasiswa
- Permohonan akan diproses pada hari bekerja sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang
- Permohonan mesti dibuat 3 hari sebelum tarikh pulang ke kampung/destinasi yang ingin dituju
- Untuk kemasukan semula ke kampus, sila tunggu arahan selanjutnya daripada pihak Universiti
- Urusan kenderaan untuk pulang ke kampung adalah tanggungjawab sendiri
- Setiap pelajar hanya layak mengisi permohonan ini hanya 1 kali sahaja. Permohonan berulang tidak akan diproses
- Bagi pelajar yang ingin pulang ke kampung bersama ibubapa/penjaga, ibubapa/penjaga hendaklah mendapatkan permit merentas sempadan daerah/negeri daripada balai polis berdekatan. Surat kelulusan daripada UiTM boleh dikepilkan sebagai sokongan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Bilik Gerakan Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN) UiTM Cawangan Kelantan di talian 09-9762006