Tahniah!!! Saudara Muhammad Haziq Hallmi, Berjaya Mendapat Tempat Ke-3 dalam Pertandingan Pidato dan Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor

Shah Alam, 28 Ogos 2022 - Tahniah kepada saudara Muhammad Haziq Hallmi dari Persatuan Cultural Unit Theatre (CUTE) di bawah Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Pidato dan Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor pada 25 Ogos 2022.

Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 25 Ogos 2022 dan telah disertai oleh seramai 17 orang pelajar IPTA/IPTS di seluruh Malaysia.

Disamping dapat menyemarakkan rasa cinta kepada negara sempena Bulan Kemerdekaan negara kita, Malaysia, kejayaan ini diharapkan akan terus menjadi inspirasi buat para pelajar UiTM Cawangan Kelantan secara khususnya.

Penyedia laporan:

Pn. Noor Emma Farihan Zakaria

Penolong Pegawai Kebudayaan Kanan

Unit Kebudayaan, UiTM Cawangan Kelantan