MACHANG, 22 Ogos - Satu program Webinar Kerjaya: Halatuju Kerjaya Graduan Mahasiswa telah berjaya dianjurkan pada 2 Julai 2022 yang lalu bagi membantu mahasiswa membuat persiapan ke alam pekerjaan setelah tamat pengajian. Dengan adanya program ini, ia sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda mahasiswa untuk memilih jalan yang tepat dalam membuat keputusan masa hadapan mereka. Pihak penganjur telah menjemput para panel yang merupakan orang yang berpengalaman luas dalam bidang pekerjaan yang boleh mahasiswa jadikan sebagai contoh dan diapdatasi pada masa akan datang.
Penceramah jemputan bagi program ini terdiri daripada empat (4) jemputan dari sektor awam dan swasta. Penceramah pertama adalah Encik Syed Shaniff Said Ali Batu Shah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Ekuiti Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang juga merupakan alumni UiTM dan juga bekas Naib Presiden Bankers Incorporated UiTM Kedah. Penceramah kedua pula adalah wakil dari sektor swasta, Encik Shazril Hamidon, Pengurus Perkhidmatan Global yang merupakan syarikat konsultasi IT ke-2 terbesar dunia. Ketiga, Encik Shafiurahman Hamzah, Ketua Penolong Setiausaha Unit Parlimen Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang terakhir penceramah dari sektor perbankan, Cik Putri Sakinah Zahid, Penolong Naib Presiden CIMB Bank Berhad.
Input-input dibincangkan secara terbuka dan strategi-strategi untuk diserap masuk ke semua sektor juga dibincangkan sepanjang program berlangsung. Malah, maklumat strategi seorang mahasiswa perlu rangka bermula daripada dalam pengajian universiti sehingga selepas bergelar graduan juga turut dibincangkan.
Penyedia Laporan:
En. Putra Faizurrahman Zahid
Penasihat 1 Persatuan D’Banquers UiTM Cawangan Kelantan