Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Universiti Teknologi MARA

JEMPUTAN MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SECARA DALAM TALIAN

Sukacita dimaklumkan UiTM Cawangan Kelantan akan mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya antara Kerajaan Negeri Kelantan (diwakili oleh Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Universiti Teknologi MARA seperti butiran berikut:-

Tarikh: 15 November 2021 (Isnin)
Masa: 10:00 pagi - 11:00 pagi
Saluran: YouTube Channel Rasmi UiTM Cawangan Kelantan

Pautan: https://youtu.be/EI0HOWUnJJs

CLICK SUBSCRIBE NOW & SET REMINDER‼️

Penglibatan YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

UiTM Cawangan Kelantan