Penasihat Akademik Bermutu, Melahirkan Pelajar Berilmu

MACHANG, 20 September - Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah mengadakan Program Pemantapan Penasihat Akademik (PA) secara dalam talian. Program ini telah melibatkan seramai 19 orang pensyarah yang kesemuanya dari Jabatan Sains Komputer. Perlaksanaan program ini adalah bertujuan meningkatkan lagi pemahaman dan tanggungjawab sebagai PA kepada pelajar seliaan masing-masing dan memperkemaskan pengetahuan PA berkenaan dengan struktur kurikulum program seperti pelan pengajian, kursus-kursus keperluan fakulti, universiti, asas, major, minor, elektif/pilihan, serta memberi panduan yang lebih jelas tentang penggunaan skrin di SIMS yang berkaitan dengan PA.

Taklimat program ini telah disampaikan oleh Dr. Roslim bin Mohamad dan Pn. Robizah binti Hj. Sudin, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Komputer. Program ini sedikit sebanyak dapat memperkemaskan pengetahuan pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSKM terhadap tanggungjawab sebagai PA kepada sekumpulan pelajar yang telah ditetapkan untuk mereka.