Penyerahan 1 Unit Televisyen kepada Unit Kesihatan UiTMCK Oleh Persatuan Alumni UiTM Cawangan Kelantan (PAUK)

MACHANG, 19 September – Persatuan Alumni UiTM Cawangan Kelantan (PAUK) telah menyumbangkan satu (1) unit televisyen bersaiz 32 inci kepada Unit Kesihatan UiTM Cawangan Kelantan.  Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor pada 25 Ogos 2021 lalu melalui Pegawai Perubatan Unit Kesihatan, Dr. Nik Muzaiman Mustapha di UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang.

Semenjak bermula sesi pembelajaran dalam talian (Open & Distance Learning - ODL) sepenuhnya oleh UiTM, sejumlah pelajar yang telah membuat keputusan untuk berada di kampus dan mengikuti sesi pembelajaran di dalam kampus. Sepanjang tempoh pembelajaran dalam kampus, terdapat keperluan bagi para pelajar untuk mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan.

Inisiatif ini bertepatan dengan objektif utama penyerahan televisyen tersebut untuk memastikan para pelajar mendapat suasana yang lebih kondusif dan ceria semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan UiTMCK Kampus Machang. PAUK sentiasa prihatin atas keperluan dan keselesaan para pelajar dan warga kampus. Dengan adanya televisyen di Unit Kecemasan, ia mengurangkan kadar kebimbangan pelajar dengan menonton televisyen yang disediakan sementara menunggu mendapatkan rawatan.

UiTMCK menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas keprihatinan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Kelantan dalam mendepani isu melibatkan kebajikan para pelajar dan warga kampus. Semoga sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada para pelajar yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan dan lebih bersemangat untuk kembali pulih seperti sediakala.

 

#PJIA

#PJIAICANUiTMCK

#PejabatAlumniNetworkCentre

#ICANPrihatin2021

#PAUK #ALUMNI

#uitmdihatiku

#UiTMCawanganKelantan