Program AM FSPPP: Together We Excel

Program AM FSPPP: Together We Excel

MACHANG, 28 September – Diploma in Public Administration Club (DiPAC) daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah mengadakan Program AM FSPPP: Together We Excel. Program ini bermula pada pukul 8:00 malam hingga 9:40 malam. Program ini berlangsung dalam talian dengan menggunakan platform Google Meet. Program ini dihadiri seramai 142 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) bagi semester 1.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membimbing para mahasiswa dalam merancang perjalanan akademik mereka dengan lebih teratur serta membina kemahiran insaniah yang diperlukan bagi mencapai Key Performance Index (KPI) secara berkesan dan menyeluruh. Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan pencapaian akademik, serta menanamkan kepentingan pematuhan terhadap etika dan peraturan universiti. Program ini dihadiri oleh Dr. Ahmad Murshidi Mustapha sebagai Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) dan Fakulti Undang Undang (FUU), serta Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah sebagai Koordinator Program AM 110.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM diikuti bacaan doa pada pukul 8.10 malam hingga 8.20 malam. Seterusnya, ucapan aluan diberikan oleh Ketua Pusat Pengajian Dr. Ahmad Murshidi Mustapha dan diikuti sesi taklimat oleh Koordinator Program iaitu Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah pada pukul 8.20 malam hingga 9.00 malam. Kemudian program diteruskan dengan tayangan video barisan pensyarah, MPP, Jawatankuasa Kerja (JKK) DiPAC dan Sekretariat DiPAC pada pukul 9.00 malam hingga 9.10 malam. Kemudian, tayangan video berkenaan tatacara penggunaan sistem UiTM daripada Exco Akademik dan Kerjaya diikuti Sesi Pendaftaran Keahlian DiPAC dan Slot Pencarian Sekretariat DiPAC pada pukul 9.10 malam hingga 9.30 malam. Program berakhir dengan sesi bergambar pada pukul 9.40 Malam. Program ini memberi impak positif terhadap pelajar kerana ia dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik dan pendekatan bagi menambah baik pencapaian akademik mereka, di samping menanamkan kepentingan mematuhi etika serta peraturan universiti.

Penyedia Laporan:
Saudari Nurul Azreen Azman
Timbalan Setiausaha