MACHANG, 25 Jun - Perasmian Program 'School Attack: Secure Your Future 2.0' telah diadakan pada 25 Jun 2026 bermula 8.00 pagi hingga 2.30 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Machang, Kelantan.
Program berteraskan kerjaya & kaunseling ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah atas mengenai pelbagai laluan akademik serta pilihan kerjaya, di samping membantu mereka membuat keputusan pendidikan dengan lebih yakin melalui khidmat nasihat kaunselor Misi Akademik UiTM Cawangan Kelantan berdasarkan minat dan kelayakan keputusan peperiksaan SPM/STPM.
Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, persembahan komuniti setempat, ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian daripada Puan Siti Aswani Mohd Ghazali serta sesi penyampaian cenderamata penghargaan kepada pihak yang turut sama bekerjasama.
Semoga kehadiran UiTM Cawangan Kelantan di SMKA Wataniah menyemai benih ilmu, memupuk semangat kebersamaan, serta meninggalkan impak positif yang berkekalan kepada komuniti setempat.
{gallery}INFO/events/26-06/School _Attack{/gallery}
Penyedia Laporan:
Saudari Sofiatul Ahlam Zakaria
Pengarah Program
School Attack: Secure Your Future 2.0

