Program AM FSPPP: 'Together We Excel'

Program AM FSPPP: 'Together We Excel'

MACHANG, 11 April – Diploma in Public Administration Club (DiPAC) daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi telah mengadakan Program AM FSPPP: Together We Excel. Program ini diadakan selama satu hari iaitu pada hari Jumaat, 10 April 2026 pada pukul 9.00 pagi hingga 10.40 pagi. Program ini berlangsung dalam talian dengan menggunakan platform Google Meet.

Seterusnya, program ini dihadiri seramai 44 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajiaan Polisi (FSPPP) semester 1. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membimbing para mahasiswa dalam merancang perjalanan akademik mereka dengan lebih teratur serta membina kemahiran inasiah yang diperlukan bagi mencapai Key Performance Index (KPI) secara berkesan dan menyeluruh.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan pencapaian akademik, serta menanamkan kepentingan pematuhan terhadap etika dan peraturan universiti. Program ini turut dihadiri oleh Dr. Nor Raihana Asmar Mohd Noor sebagai Koordinator Program AM 110. Program ini memberi impak positif terhadap pelajar kerana ia dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik dan pendekatan bagi menambah baik pencapaian akademik mereka, di samping menanamkan kepentingan mematuhi etika serta peraturan universiti.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Aisyah Muhd Fakaruddin
Setiausaha
Program AM FSPPP: Together We Excel