Majlis Hari Raya Aidilfitri UiTM Kampus Kota Bharu

KOTA BHARU, 22 April - Majlis Aidilfitri peringkat UiTM Kampus Kota Bharu telah disambut meriah oleh seluruh warga staf dan pelajar pada 16 April 2025. Majlis yang dirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar yang hadir mewakili Rektor, turut dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dan industri sekitar Kota Bharu.

Antara yang hadir ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, Akademi Kenegaraan Malaysia, Maybank, Bank Rakyat, Kelantan Gold Trade, Isuzu Kelantan dan juga Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan.

Ikatan kemesraan yang terjalin antara universiti dan rakan rakan strategik penting dalam menjayakan aspirasi Mengangkasa UiTM Kota Bharu 2025-2030. Bagi mengabadikan kenangan, pihak Perpustakaan Tengku Anis telah menyediakan sudut bergambar yang telah menerima sambutan luar biasa dari para pengunjung, khususnya mahasiswa.

Saudari Bibi Khairunisa, Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang ditemui berkata, mahasiswa UiTM Kota Bharu melahirkan rasa gembira atas penganjuran program ini. Saudari Bibi turut berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Penyedia Laporan: 
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif Pusat Pengajian Siswazah
Merangkap Penolong Setiausaha Program