Program Serahan Komputer Riba kepada Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dari Keluarga B40 oleh PJIA UiTMCK, Fakulti dan PAUK

MACHANG, 17 Jun 2021 – UiTM Cawangan Kelantan melalui Pusat Jaringan Industri dan Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK) telah menyantuni 18 orang pelajar B40 yang terpilih sebagai penerima sumbangan Fasa 1 dan dari pelbagai fakulti di UiTM Cawangan Kelantan.

Sumbangan komputer riba bernilai RM19,115.78 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan daripada Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK) pensyarah fakulti, alumni fakulti dan orang persendirian bermula April – Jun 2021.

Penyerahan ini telah berjaya diserahkan dengan mengamalkan SOP yang ketat dan mengambil kira keperluan pelajar B40 yang amat mendesak untuk menghadapi sesi pembelajaran secara atas talian/ "Online Distance Learning" (ODL) di kediaman masing-masing sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

UiTMCK menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang di atas inisiatif ini. Semoga dengan adanya bantuan ini dapat membantu meringankan beban para pelajar kumpulan B40 ini di samping dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar di dalam menghadapi pembelajaran di era ini. UiTMCK akan berusaha untuk terus membantu dan membuat serahan Fasa 2 pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan. Sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan bagi menjayakan penyerahan Fasa 2.

#PJIAICANUiTMCK
#PejabatAlumniNetworkCentre
#ICANPrihatin2021