KUALA LUMPUR, 19 Disember - Pertandingan Debat Terbuka Astar 2024 merupakan pertandingan debat yang tertua di Malaysia. Pada kali ini, UiTM telah menghantar beberapa orang wakil mewakili UiTM se-Malaysia untuk ke Pertandingan Debat Terbuka Astar 2024. Seorang peserta dari 9 pasukan yang dihantar adalah peserta dari UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) yang juga merupakan pendebat UiTMCK serta presiden Kelab Debat dan Pidato. Pasukan yang diwakili oleh peserta dari UiTMCK telah berjaya mara sehingga ke pusingan separuh akhir dan berjaya merangkul tempat ketiga bersama di Pertandingan Debat Terbuka Astar 2024 tersebut. Tahniah diucapkan kepada Nuriman Ayuni, presiden Kelab Debat dan Pidato UiTMCK kerana telah berjaya mengharumkan nama UiTM serta nama UiTM Cawangan Kelantan di Pertandingan Debat Terbuka Astar 2024. Semoga kecemerlangan yang dipamerkan dapat memberi semangat buat para pelajar yang lain untuk terus berusaha mempamerkan bakat mereka dalam bidang debat dan pidato.
Penyedia Laporan:
Nurul Amira Aisya binti Mohd Ramzi
Setiausaha Kelab Debat dan Pidato