MACHANG, 19 November - Unit Transformasi Universiti (UTU) UiTMCK telah mengadakan Bengkel Laporan Pencapaian UiTM Cawangan Kelantan 2024 bagi Sukuan Ketiga pada 4 November 2024 yang bertempat di HRD A, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. Bengkel ini telah dihadiri oleh barisan Pengurusan Eksekutif, ketua-ketua serta wakil Unit/Bahagian/Fakulti/Pusat Pengajian dari UiTMCK seramai 50 orang. Bengkel ini diadakan untuk membentangkan pencapaian UiTM Cawangan Kelantan bagi sukuan ketiga tahun 2024. Program ini juga bertujuan untuk mengemaskini pelan tindakan strategik dan menyediakan asas perancangan bagi sukuan keempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengukur prestasi, mengenal pasti isu dan cabaran, serta merangka strategi ke arah pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Bengkel ini dilihat telah berjaya mencapai objektif yang dirancang dengan melibatkan sesi pembentangan yang terperinci dan bermanfaat. Hasil perbincangan akan dijadikan panduan untuk memperkukuhkan lagi pencapaian UiTMCK pada masa akan datang.
Penyedia Laporan:
Dr. Mohd Hafeez Al-Amin Abdul Wahab
Penyelaras Strategik dan Transformasi Universiti
Unit Transformasi Universiti
UiTM Cawangan Kelantan