Lawatan Penandaarasan dari Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

MACHANG, 14 November - Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan lawatan penandaarasan ke UiTM Cawangan Kelantan pada 5 November 2024 disertai oleh para Pensyarah Kanan Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi, sebuah pusat yang menyelaras pembudayaan inovasi di IAB. Lawatan ini diketuai oleh Ts. Mohammadnor Basri Shafe, Ketua Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti Institut Aminuddin Baki.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan pertandingan inovasi secara dalam talian khususnya penganjuran Konvensyen KIK Zon Timur 2024 anjuran UiTM Cawangan Kelantan.

Dalam sesi lawatan tersebut, Dr. Noraini Junoh selaku Ketua Unit Pengurusan Kualiti telah memberikan penerangan berkenaan Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Kelantan. Sesi ini disusuli dengan perkongsian pengalaman oleh Dr. Mohamad Rahimi Mohamad Rosman dan Encik Faizal Haini Fadzil. Turut serta dalam sesi perkongsian adalah Encik Mohd Khairul Anuar Ismail, Dr. Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Ts. Mohd Zafian Mohd Zawawi, Ts. Nurulannisa Abdullah, Dr. Norshamsiah Ibrahim, Dr. Norzuraida Hasan dan Puan Zanirah Mustafa. Lawatan diakhiri dengan tinjauan fasiliti di sekitar kampus.

Penyedia Laporan:
Puan Nik Hasni Hassan
Kerani Kanan
Unit Pengurusan Kualiti
UiTM Cawangan Kelantan