MACHANG, 13 November - Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) dengan jayanya telah mengadakan Bengkel Permohonan Kelulusan Etika Penyelidikan pada 7 November 2024 bertempat di HRD (A) UiTM Cawangan Kelantan. Bengkel ini bertujuan untuk membudayakan amalan pematuhan etika dalam penyelidikan. Menurut Koordinator RMU, Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, adalah menjadi tanggungjawab penyelidik untuk memastikan setiap projek penyelidikan mematuhi etika yang telah ditetapkan. Ianya bukan sahaja untuk memastikan hak-hak responden dalam penyelidikan dilindungi, tetapi juga bertujuan untuk melindungi penyelidik dari sebarang liabiliti yang terlibat semasa proses penyelidikan. Bengkel ini telah dihadiri para penyelidik, penyelia pelajar siswazah dan pelajar-pelajar tahun akhir Program Muamalat dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) yang bersemangat untuk mempelajari kepentingan pematuhan etika dalam projek penyelidikan tahun akhir mereka. Dalam bengkel ini, penceramah jemputan Prof. Madya Dr. Zuhal Hussein telah berkongsi ilmu tentang tatacara permohonan etika penyelidikan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua penyelidik.
Penyedia Laporan:
Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator Research Monitoring Unit
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan