MACHANG, 15 Ogos - Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar UiTM Cawangan Kelantan menerima 10 set BBQ untuk diletakkan di Healing Corner Kolej Kediaman UiTM Cawangan Kelantan. Sumbangan ini diperolehi dari sumbangan staf UiTM, pelajar dan alumni UiTM.
Inisiatif ini merupakan cetusan dari hasrat Timbalan Naib Canselor HEP untuk mewujudkan ruang santai kepada warga kolej dan seterusnya dapat membantu pelajar di dalam mengatasi isu peningkatan kes kesihatan mental.
Kemudahan ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada sesi Oktober 2024 di semua kolej kediaman UiTM Cawangan Kelantan dibawah selian Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Non Residen.
Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan