SEMARANG, 14 Julai – Bersempena dengan Majlis Menandatangani MoA antara UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) dan Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA), seramai dua orang pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTMCK telah dijemput menjadi Plenary Speaker di International Seminar anjuran Fakultas Ekonomi UNISSULA.
Dengan tema ‘SMEs Competitiveness and Sustainable Development Goals’, sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Dr. Azmahani Yaacob@Othman, yang bertajuk ‘How UMKM Can Contribute to SDGs: From Economics Perspective’. Beliau mengupas berkenaan inisiatif dan peranan para usahawan dalam meningkatkan daya saing dari perspektif ekonomi yang turut menyumbang kepada pencapaian SDG.
Seterusnya, pembentangan kedua oleh Dr. Azyanee Luqman dengan kertas kerja yang bertajuk ‘Digital Marketing Empowerment amongst MSMEs’. Beliau menegaskan bahawa para usahawan mikro, kecil dan sederhana perlu menggunakan sepenuhnya pemasaran media sosial untuk menembusi pasaran global. Selain itu, penggunaan aplikasi ‘artificial intelligence (A.I.)’ dalam pembinaan content yang interaktif dan menarik perlu dititikberatkan bagi menjamin keterlibatan yang tinggi dalam kalangan pengguna.
Seminar antarabangsa kemudian diteruskan oleh Profesor Dr. Ibnu Khajar, S.E., M.Si dan Dr. Sri Anik, S.E., M.Si yang merupakan pensyarah di UNISSULA. Penganjuran International Seminar oleh pihak UNISSULA ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pihak pensyarah dan pelajar Fakultas Ekonomi UNISSULA. Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan dijadikan acara tahunan oleh kedua-dua pihak UiTMCK dan UNISSULA.
Penyedia Laporan:
Dr. Azyanee Luqman
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
UiTM Cawangan Kelantan