Program “Industrial Talk: COVID-19: Consequences and Opportunities for the ICT Sector”

MACHANG, 23 Mei– Program “Industrial Talk Covid-19: Consequences and Opportunities for the ICT Sector” telah berjaya dianjurkan secara maya melalui platform Google Meet. Program ini merupakan anjuran Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Kelantan. Ts. Dr. Nor Hazilawati Awang, Naib Presiden Teknologi, HeiTech Padu Berhad telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian ilmu dan pengalaman beliau berada dalam sektor ICT selama lebih 23 tahun. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah Jabatan Sains Komputer dan pelajar CS110 (Diploma Sains Komputer) dan CS240 (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat) menyertai program yang bermula pada pukul 2.00 petang ini.

Program dimulakan dengan perkongsian tentang kesan dan peluang terhadap sektor ICT akibat pandemik Covid-19. Beliau menerangkan bagaimana syarikat besar seperti Google, Apple serta syarikat baru seperti Grab dan Gojek menghadapi situasi pandemik ini. Namun, kebanyakan syarikat dalam sektor ICT tidak terjejas akibat Covid-19 malah ada yang menjana pendapatan dalam skala yang lebih besar kerana syarikat ICT dapat beroperasi seperti biasa. Malah perintah kawalan pergerakan yang rata-rata dilaksanakan di seluruh dunia meningkatkan penggunaan ICT untuk kegiatan harian.  Program diakhiri dengan sesi soal jawab di mana para pensyarah dan pelajar berpeluang mengajukan soalan berkaitan bidang ICT dalam situasi penularan virus Covid-19 serta cara untuk membantu pelajar menyerlah di alam pekerjaan kelak. Program tamat pada pukul 4.00 petang.

Laporan oleh:
Nor Asma Mohd Zin
Pensyarah Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik