Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kelantan

  • KELAS 1 (BERSEMUKA) – TIK TOK LIVE BUSINESS
  • KELAS 2 (BERSEMUKA) – MINDSET JUTAWAN & PENGENALAN PERNIAGAAN ONLINE

MACHANG, 5 Jun - Program Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 adalah satu program bertujuan untuk melahirkan dan membangunkan Usahawan Digital dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM yang mempunyai potensi dan minat serta berkeyakinan tinggi. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk memperkukuhkan kemahiran keusahawanan digital dalam kalangan mahasiswa UiTM melalui pertandingan model 'Apprentice', peserta juga akan diberikan latihan, bimbingan dan penyediaan geran permulaan untuk mewujudkan produk berjenama sendiri.

Program Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 dianjurkan oleh Kolej Pengajian Seni Kreatif yang bekerjasama dengan iMedikel Healthcare (M) Sdn Bhd, Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) BPJIA UiTMCK dengan keterlibatan mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan sebagai peserta pertandingan. iMedikel Pharma Holding Berhad, satu-satunya kilang produk yang mempunyai lesen Farmaseutikal di Kelantan. Syarikat yang boleh mengeluarkan produk farmasi dan ubat.

Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi keusahawanan digital dalam kalangan mahasiswa UiTM, memperkukuhkan kemahiran keusahawanan digital melalui latihan praktikal dan bimbingan oleh pakar industri, menyediakan platform untuk mahasiswa menunjukkan kebolehan keusahawanan digital mereka dan sebagai pemacu ekonomi tempatan melalui pertumbuhan perniagaan digital dalam kalangan mahasiswa.

Selepas sesi forum yang dijalankan pada 24 April 2024, beberapa orang pelajar telah dipilih sebagai peserta akhir untuk ke proses pertandingan seterusnya. Pelbagai kelas, bengkel dan latihan telah dirangka untuk memenuhi perancangan pertandingan yang bakal berlangsung selama 2 bulan. Para pelajar dilatih oleh mentor-mentor yang terlatih daripada rakan industri untuk membimbing para peserta bagi mencapai objektif penganjuran dan seterusnya memenangi pertandingan yang menawarkan geran bernilai RM 10,000.

Kelas 1 telah dijalankan secara bersemuka di HRDA, UiTM Cawangan Kelantan pada 8 Mei 2024 yang lalu. Modul 1 bertajuk TikTok Live Business telah dikendalikan oleh Master Trainer Tuan Azman A Aziz, dibantu oleh mentor-mentor daripada industri yang terdiri daripada Puan Ila, Encik Amsyar, Encik Ta dan Encik Farhan. Bengkel ini dijalankan di HRDA, UiTMCK selama 2 jam daripada jam 8"00 malam sehingga 11:00 malam. Para peserta teruja menyertai bengkel tersebut di mana mereka telah mempelajari pelbagai ilmu dan tip berguna di dalam TikTok Live Business. Intipati membangunkan perniagaan online telah didedahkan di dalam sesi ini. Para peserta telah diberikan tips dan strategi serta pengetahuan teknikal dari mula hingga akhir tentang cara untuk membangunkan bisnes di platform Tiktok.

Kelas 2, sesi kelas secara offline juga telah diadakan di HRDA, UiTM Cawangan Kelantan Machang pada 14 Mei 2024 bermula pada jam 8:00 malam sehingga 11:00 malam. Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang minda usahawan yang perlu ada dan diterapkan di dalam diri setiap peserta atau bakal usahawan. Mindset dan attitude menyumbang kepada 80% kejayaan di dalam apa jua bidang sekalipun, maka Kelas 2 ini akan memfokuskan kepada membangun dan menanam mindset dan attitude jutawan kepada setiap peserta. Tanpa mindset dan attitude yang betul, setiap tugasan yang diamanahkan pasti tidak akan terlaksana.

Setelah selesai kedua-dua kelas secara bersemuka ini, para peserta telah dibahagikan kepada mentor-mentor yang telah dipilih oleh pihak penaja. Sesi MENTORING melibatkan bimbingan dan pemantauan daripada mentor-mentor yang terlatih untuk membantu para peserta dalam melaksanakan setiap tugasan. Peserta perlu menghantar laporan secara berkala berkenaan tugasan yang telah diberikan dan para mentor perlu  membuat review terhadap prestasi para peserta secara berkala. Pemantauan akan berlaku sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Dengan berakhirnya 2 kelas secara bersemuka ini, maka kelas dan latihan di peringkat seterusnya akan diadakan secara atas talian menggunakan pelbagai platform. Pelbagai modul telah dirangka untuk memberi pengetahuan kepada para peserta antaranya:

  1. SESI 1: PRODUCT KNOWLEDGE
  2. SESI 2: CONTENT IS KING
  3. SESI 3: TIKTOK ACCOUNT
  4. SESI 4: ADS CONTENT & LIVE
  5. SESI 5: SALES RESULT
  6. SESI 6 - 10: MONITORING

Program Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 ini akan berjalan selama 2 bulan sehingga bulan Julai. Pada sepanjang program, para peserta akan dinilai secara berkala berdasarkan tugasan yang telah mereka laksanakan. Di akhir program, seorang pemenang akan dinobatkan sebagai pemenang untuk memenangi hadiah bernilai RM 10,000.00 dalam bentuk geran pembangunan produk sendiri dan menghasilkan produk berjenama sendiri. Semoga program inj akan berjalan lancar dan para peserta kekal bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diberi sehingga ke akhir program.

Penyedia Laporan:
Ts. Rozita Shamsuddin
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Encik Azhar A. Aziz
Pensyarah
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Ts. Emilia Abdull Manan|
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Puan Wan Salwana Wan Sulaiman
Pensyarah
Kolej Pengajian Seni Kreatif