Majlis Pengurniaan Zakat Hari Raya oleh Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati Binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada Pelajar-Pelajar B40 Kolej Pengajiian Seni Kreatif UiTM Cawangan Kelantan

KOK LANAS, 4 April - Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati Binti Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan yang juga merupakan pengasas Yayasan Noor Al Syakur (YANAS) telah berangkat ke Majlis Pengurniaan Zakat Hari Raya yang berlangsung di Masjid Al Rahim, Kok Lanas pada 22 Mac 2024. Keberangkatan tiba YM Tengku Puan Temenggong Kelantan disambut oleh Pengerusi Masjid Al Rahim, Kok Lanas dan juga Ahli jawatankuasa Masjid. Seramai 40 orang pelajar dan 10 orang alumni UiTMCK Kolej Pengajian Seni Kreatif telah dipilih oleh Penyelaras Program jabatan masing-masing untuk menghadiri ke program penerimaan zakat hari raya.

Turut mengiringi untuk program ini adalah Ketua Pusat Pengajian, Dr. Nani Hartina Ahmad dan Jawatankuasa khas kebajikan fakulti Puan Siti Safura Zahari. Turut dibantu oleh Penyelaras-penyelaras program daripada 4 jabatan iaitu Encik Azman Ismail, Encik Mohd Hakim Mohd Sharif, Encik Adib Mohd Hasan dan Dr. Siti Fairuz Md Hashim.

Majlis telah dimuliakan dan didengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada pembukaannya oleh Imam Masjid Al Rahim. Serta diiringi syair oleh kumpulan Qasidah yang rata-ratanya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz.

Secara keseluruhan seramai lebih kurang 500 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, anak yatim, pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTM), pelajar Sekolah Menengah Ugama (SMU), pelajar Maahad Tahfiz dan pondok Tahfiz termasuk pelajar Tahfiz di Masjid Al Rahim, Kok Lanas.

Penyedia Laporan:

Puan Siti Safura Zahari
Pensyarah
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Dr. Nani Hartina Ahmad
Ketua Pusat Pengajian
Kolej Pengajian Seni Kreatif