Program ‘Students Learning Through Innovation and Design Competition’ (SLIDc 2023)

MACHANG, 5 Februari - Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Program Students Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023). Program ini dijalankan dalam semester Oktober 2023 sehingga Februari 2024 selama tiga (3) minggu kuliah bermula 4 Januari 2024 sehingga 18 Januari 2024 secara atas talian. Program ini dirasmikan oleh Dr. Azmahani Yaacob@Othman, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan.

Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dan kreatif dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang berunsurkan permainan dalam konteks permainan yang menyeronokkan untuk pembelajaran dan pengajaran subjek Ekonomi melalui Gamifikasi. Inisiatif "pembelajaran berasaskan permainan" ini juga diharapkan mampu menjadi platform kepada pelajar untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menghasilkan idea yang terkini dan mengetengahkan lagi hasil inovasi yang dicipta. Selain itu, inovasi seperti ini juga mampu melahirkan pelajar bercirikan usahawan yang mampu menyelesaikan masalah secara bijak pada masa hadapan. 

Terdapat enam (6) kategori yang dipertandingan untuk program SLIDc 2023 ini bagi tiga (3) kod mata pelajaran ekonomi (ECO120, ECO162 dan ECO211); Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga bagi setiap kod mata pelajaran dan tiga kategori lain adalah Video Terbaik, Pembentang Berkumpulan Terbaik dan “Games Based Learning Tools” Terbaik.  Pertandingan melibatkan 159 kumpulan dan dinilai oleh 14 pasangan juri yang berpengalaman.

Semoga program ini memberikan anjakan daya saing yang mampu meningkatkan akauntabiliti bagi setiap mahasiswa yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Kelantan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Pengarah Program, Para Juri dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menyokong dan menjayakan program ini.

Penyedia Laporan:
Puan Norsilawati Mohd Hassan
Pengarah Program
Students Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023)