Pembukaan Kaunter Pengemaskinian Maklumat Individu Dan Isi Rumah Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas Di Pangkalan Data Utama (PADU)

PEMBUKAAN KAUNTER PENGEMASKINIAN MAKLUMAT INDIVIDU DAN ISI RUMAH BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS DI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) 

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah melancarkan Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024. PADU merupakan satu inisiatif kerajaan bagi mewujudkan pangkalan data bagi negara yang mengandungi profil individu dan isi rumah di Malaysia yang diintegrasikan dari pengemaskinian oleh individu sendiri dan data pentadbiran dari agensi kerajaan. Untuk makluman, tempoh pengemaskinian PADU adalah 2 Januari hingga 31 Mac 2024. Pengemaskinian maklumat ini adalah melibatkan individu warganegara dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM Kelantan) akan membuka kaunter fizikal seperti ketetapan berikut:

Tempat

Bilik D405, Blok D, UiTMCK

Tarikh

:

30 & 31 Januari 2024 (Selasa & Rabu)

Masa

:

9:00 pagi – 4:30 petang

 

 

 

 Dijemput seluruh warga staf dan pelajar UiTMCK untuk hadir.