Program 'Trashion Show'

MACHANG, 22 Januari – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn dengan kerjasama Unit Kampus Hijau telah mengadakan program ‘Trashion Show’ bertempat di AUD300, UiTM Cawangan Kelantan pada 5 Disember 2024. Program ini dibuka kepada seluruh mahasiswa serta mahasiswi UiTM Cawangan Kelantan dan telah disertai oleh seramai 280 orang peserta. Program ini berlangsung pada jam 8:30 malam dan berakhir pada jam 11:00 malam.

Matlamat program ini adalah untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam UiTM Cawangan Kelantan dalam seni peragaan serta mendidik mahasiswa untuk menghargai hasil seni bumiputera. Selain daripada itu, program ini dijalankan untuk melatih dan membina kumpulan yang berdaya saing, berbudaya positif dan dinamik.

Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Ketua Staf Residen Kolej iaitu Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad dan Staf Residen Kolej Tun Hussein Onn iaitu Encik Mohammad Amir Taufik Abu Hassan. Sesi pemarkahan diketuai oleh ketua juri iaitu Encik Junaidi Awang dan panel juri yang lain, Encik Bakeri Abdul Rahman, Encik Muhammad Faiz Iskandah, Puan Wan Salwana Wan Sulaiman serta Presiden Kolej Tun Hussein Onn iaitu Aleeya Maisaara Azizuddin.

Peserta program ‘Trashion Show’  telah memberikan kerjasama dan perhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli amat berbangga kerana JPKTHO telah berjaya menganjurkan program ini serta terharu dengan semangat para peserta dalam penglibatan pada program kali ini. Beliau berharap agar lebih banyak lagi program berbentuk kreatif dan inovatif dapat dijalankan pada masa hadapan.

 

Penyedia laporan:
Saudari Nur Farhana Zulkarnain
Pengarah Program
Trashion Show